Philips YS534/17 User Manual Page 96

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 148
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 95
96
Penggantian
Menggantikan kepala pencukur
Untuk prestasi pencukuran yang maksimum, kami menasihati anda untuk
menggantikan kepala pencukur setiap dua tahun. Gantikan kepala
pencukur yang rosak serta merta.
Hanya gantikan kepala pencukur dengan kepala pencukur RQ32 Philips
yang tulen. Lihat juga bab ‘Memesan aksesori’.
1 Ikut langkah 1-4 dalam bab “Pembersihan dan penyenggaraan’ di
bawah ‘Membersihkan alat tambahan pencukur’.
2 Keluarkan kepala pencukur dan gantikan dengan yang baru pada
unit pencukur.
Pastikan bahawa kedua-dua kepak kepala pencukur muat dengan tepat
di dalam ruang ceruknya.
3 Tempatkan gelung penahan kembali pada unit pencukur (1).
Untuk memasang kembali gelung penahan, putarkannya melawan
arah anak panah yang ditunjukkan di dalam dan pada gelung
penahan (2) (Gamb. 29).
Pastikan gelung penahan telah dipasang dengan betul. Keempat-empat
kepak gelung penahan hendaklah terletak tepat di bawah ceruk pemegang
kepala pencukur.
4 Pasang semula unit pencukur pada alat tambahan pencukur.
Jika unit pencukur tidak dapat dipasang kembali dengan lancar, periksa
sama ada anda telah menetapkan kedudukan kepala pencukur dengan
betul dan sama ada gelung penahan telah dipasang dengan betul.
Menggantikan kerajang badan perapi
Untuk mendapatkan prestasi perapian maksimum, kami menasihatkan agar
anda menggantikan kerajang badan perapi setiap tahun. Gantikan kerajang
ini dengan kerajang badan perapi TT2000 Philips.
1 Tarik kerajang badan perapi keluar dari alat tambahan (Gamb. 30).
BAHASA MELAYU
Page view 95
1 2 ... 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 ... 147 148

Comments to this Manuals

No comments