Philips YS534/17 User Manual Page 87

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 148
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 86
87BAHASA MELAYU
plag mula berkelip hijau dan jingga silih berganti dalam beberapa minit
pertama pengecasan untuk menunjukkan pengecasan pantas (Gamb. 4).
Penunjuk ‘Bateri dicaskan sepenuhnya’
- Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, lampu simbol bateri akan
menyala hijau secara berterusan (Gamb. 5).
- Jika anda meninggalkan perkakas bersambung dengan sesalur utama,
simbol bateri akan padam selepas 30 minit.
Penunjuk ‘Bateri lemah’
- Apabila bateri hampir kosong, simbol plag akan mula berkelip
jingga (Gamb. 6).
- Apabila anda mematikan perkakas, simbol plag akan terus berkelip
jingga selama beberapa saat lagi.
Cas cepat
Cas pantas ditunjukkan oleh simbol bateri dan simbol plag berkelip hijau
dan jingga silih berganti. Apabila simbol plag berhenti berkelip jingga
selepas lebih kurang 5 minit, ini bermakna perkakas mengandungi cukup
tenaga untuk membuat sedikit perapian.
Pengecasan
Jangan cas perkakas di dalam pau yang tertutup atau di dalam bungkusannya.
1 Letakkan plag kecil di dalam perkakas.
2 Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
, Simbol bateri pada perkakas berkelip untuk menunjukkan bahawa
perkakas sedang dicas (lihat bab 4).
Apabila anda menanggalkan penyesuai dari soket dinding dan meninggalkan
plag kecil di dalam perkakas, perkakas mungkin tidak akan berfungsi buat
beberapa saat.
Awas Semasa perkakas bersambung dengan sesalur kuasa, ia tidak boleh
digunakan.
Page view 86
1 2 ... 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 ... 147 148

Comments to this Manuals

No comments