Philips HR1866/30 User Manual Page 32

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 76
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 31
2 Tanggalkan bahagian yang kotor dari unit motor. Bukakan perkakas mengikut tertib yang
berikut:
- Keluarkan bekas pulpa;
- Keluarkan penolak;
- Bukakan pengapit;
- Alihkan tudungnya.
3 Tanggalkan pengumpul jus bersama-sama penuras (Gamb. 11).
4 Bersihkan semua bahagian kecuali unit motor dengan berus pembersih menggunakan air yang
suam dengan sedikit cecair pencuci dan bilas di bawah air paip (Gamb. 12).
Nota: Semua bahagian yang boleh tanggal adalah selamat mesin pencuci pinggan mangkuk. Letakkan
bahagian boleh tanggal yang plastik pada dulang atas dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. Pastikan
ia diletakkan jauh daripada elemen pemanasan.
5 Bersihkan unit motor dengan kain lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 13).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di tempat anda.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
Philips di negara anda.
Masalah Penyelesaian
Perkakas tidak
berfungsi.
Perkakas dilengkapi dengan sistem keselamatan. Ia tidak akan berfungsi
jika bahagian-bahagiannya tidak dipasang dengan betul. Periksa sama ada
bahagian-bahagiannya telah dipasang dengan cara yang betul, tetapi
matikan perkakas terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
Perkakas
mengeluarkan bunyi
bising, bau yang tidak
menyenangkan, terlalu
panas apabila disentuh,
mengeluarkan asap,
dsb.
Periksa sama ada terdapat buah atau sayur terlekat dalam penapis. Jika
demikian, matikan perkakas, keluarkan bahagian yang tersangkut, dan
mulakan semula pemerahan. Biasanya perkakas baru mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan atau sedikit asap pada kali pertama ia
digunakan. Kejadian ini akan terhenti selepas anda menggunakan perkakas
beberapa kali. Perkakas juga mungkin akan mengeluarkan bau yang
kurang menyenangkan atau sedikit asap jika ia digunakan berterusan
terlalu lama. Jika ini berlaku, matikan perkakas dan biarkan ia menyejuk
selama 60 minit. Jika masalah ini berterusan, sila hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda.
BAHASA MELAYU32
4222_005_0076_3_DFU-Booklet_A5_v2.indd 32 21-10-11 13:49
Page view 31
1 2 ... 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 ... 75 76

Comments to this Manuals

No comments