Philips HR1866/30 User Manual Page 33

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 76
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 32
Masalah Penyelesaian
Penuras tersumbat. Matikan perkakas, bersihkan tiub suapan dan penuras, dan proses kuantiti
yang lebih kecil.
Penuras menyentuh
tiub suapan atau
bergetar dengan kuat
semasa pemprosesan.
Matikan perkakas dan cabutkan plagnya. Periksa sama ada penuras
diletakkan dengan betul pada pengumpul jus. Rusuk di dasar penuras
sepatutnya muat dengan baik pada aci pemacu. Periksa sama ada penuras
rosak. Retak, retak seni, cakera parut yang longgar atau apa-apa
ketidaksempurnaan yang lain boleh menyebabkan kepincangan tugas.
Jika anda mendapati sebarang rekahan atau kerosakan pada penapis,
jangan gunakan lagi perkakas ini dan sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan
Philips di negara anda untuk mendapatkan ganti penapis.
Jus terpercik keluar
daripada muncung
semasa memerah jus.
Muncung berada dalam kedudukan menghala ke atas. Pastikan muncung
berada dalam kedudukan menghala ke bawah semasa memerah jus.
Soalan lazim
Bab ini menyenaraikan soalan yang lazim ditanya mengenai perkakas ini. Jika anda tidak dapat mencari
jawapan bagi soalan anda, hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyelesaian
Kenapa pulpa berasa
basah?
Kebasahan pulpa bergantung kepada kepekatan buah dan sayur dan
jumlah serat yang terkandung di dalamnya (serat dapat menyekat lubang
jaringan penapis yang menyebabkan jus mengalir ke dalam bekas pulpa
dan bukan ke dalam jag). Untuk mengeluarkan jumlah jus yang maksimum
daripada buah atau sayur, bersihkan penapis sebelum memerah
kelompok yang baru, masukkan kepingan yang hendak diperah satu demi
satu ke dalam tiub suapan dan jangan tekan penolak terlalu kuat. Sila
ambil perhatian bahawa tidak kira apa jenis pemerah jus yang anda
gunakan, pulpa akan selalunya sedikit basah, walaupun pemerah jus telah
memerah jumlah jus yang maksimum daripada buah atau sayuran.
Adakah pemprosesan
buah yang
mengandungi banyak
pigmen akan
menyebabkan
penyahwarnaan
perkakas?
Penyahwarnaan mungkin berlaku apabila anda memerah jus buah atau
sayur dengan warna yang cerah seperti lobak merah atau ubi bit.
Kebanyakan kesan warna ini dapat dibersihkan dengan mudah dengan
mencuci bahagian yang ternyahwarna di dalam mesin basuh pinggan atau
dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci. Jika kesannya susah untuk
dihilangkan, cuba gunakan minyak masak. Letakkan beberapa titik minyak
masak pada kain lap atau tisu dapur dan gosok kesan itu. Kemudian
bersihkan bahagian itu sekali lagi di dalam mesin pencuci pinggan atau air
panas dengan sedikit cecair pencuci.
Apakah yang
membuatkan perkakas
ini begitu selamat?
Perkakas tidak akan berfungsi kecuali kedua-dua pengapit telah berdetap
dengan betul di tempatnya. Bagaimanapun, anda sepatutnya tidak
memasukkan jari atau objek lain ke dalam tiub suapan semasa perkakas
sedang berfungsi, untuk mengelakkan daripada tersentuh penapis dan
bilah pemotongnya yang tajam yang sedang berpusing.
BAHASA MELAYU 33
4222_005_0076_3_DFU-Booklet_A5_v2.indd 33 21-10-11 13:49
Page view 32
1 2 ... 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 ... 75 76

Comments to this Manuals

No comments