Philips BT1216/10 User Manual Page 7

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 23
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 6
Awas
- Perkakas ini tidak boleh dibasuh.Jangan sekali-
kali tenggelamkan perkakas ke dalam air dan
jangan membilasnya di bawah air paip (Raj. 2).
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan
dimaksudkan seperti ditunjukkan dalam manual
pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini
hendaklah hanya digunakan oleh seorang
sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat,
pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau
berdekatan dengan soket dinding yang
mengandungi penyegar udara elektrik untuk
mencegah kerosakan yang tidak boleh dibaiki
kepada unit bekalan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan
peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Am
- Unit bekalan sesuai untuk voltan sesalur kuasa
antara 100 hingga 240 volt.
- Unit bekalan mengubah 100-240 volt kepada
voltan rendah dan selamat tidak melebihi 24
volt.
Pengecasan
- Apabila bateri hampir habis, penunjuk status
bateri bernyala jingga (Raj. 3).
- Apabila perkakas sedang dicas, lampu
penunjuk status bateri bernyala hijau.
Mengecas dengan unit bekalan
Caskan perkakas sebelum penggunaan pertama
dan apabila paparan menunjukkan bateri hampir
kosong. Apabila perkakasan dicas selama 8 jam,
perkakas mempunyai tempoh masapengendalian
tanpa kordsehingga 60 minit.
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Masukkan palam mikro USB ke dalam perkakas
dan masukkan palam USB dalam unit (Raj. 4)
bekalan.
3 Pasangkan unit bekalan ke soket dinding.
4 Selepas mengecas, tanggalkan unit bekalan
daripada soket dinding dan cabut palam mikro
USB daripada perkakas.
Menggunakan perkakas
Catatan: Perkakas ini boleh digunakan tanpa kord
atau apabila disambungkan ke soket dinding.
Note: Switch off and clean the appliance after each
use.
Menanggalkan dan memasang elemen
pemotong
1 Untuk menaggalkan elemen pemotong, tolak ke
atas terhadap gigi elemen pemotong dan
tanggalkannya daripada pemegang (Raj. 5).
2 Untuk memasang elemen pemotong, masukkan
cuping elemen pemotong ke dalam slot
pemandu di bahagian depan dan tolak elemen
pemotong ke belakang pada perkakas ('klik')
(Raj. 6).
Memasang dan menanggalkan sikat
1 Untuk memasang sebarang jenis sikat pada
elemen pemotong,luncurkan bahagian depan
sikat pada gigi dan tolak unjuran di bahagian
belakang sikat ke dalam perkakas ('klik') (Raj. 7).
2 Untuk menanggalkan sebarang jenis sikat
daripada elemen pemotong, tarik ke belakang
dengan cermat bahagian belakang perkakas
dan luncurkan daripada pemotong elemen (Raj.
8).
Catatan: Apabila memotong rambung buat kali
pertama menggunakan sikat dengan tetapan
panjang pemotongan maksimum untuk
membiasakan diri anda dengan perkakas ini.
Switching the appliance on and off
1 Tekan butang kunci perjalanan, kemudian
luncur butang hidup/mati ke atas untuk
menghidupkan perkakas (Raj. 9).
2 Luncurkan butang hidup/mati ke bawah untuk
mematikan perkakas.
Merapikan tanpa sikat
Gunakan pemotong janggut bersaiz penuh tanpa
sikat untuk memotong rambut dekat dengan kulit
(sehingga panjang 1/32in (0.5mm) atau buat
garisan jelas sekeliling janggut, leher dan sideburn
anda.
1 Untuk memotong rambut hampir dengan kulit,
letakkan sisi leper elemen pemotong terhadap
kulit anda dan buat gerakkan terhadap arah
pertumbuhan (Raj. 10) rambut.
2 Untuk memotong pinggir, pegang elemen
pemotong secara melintang pada kulit dan
gerakkan ke atas atau bawah dengan tekanan
(Raj. 11) lembut.
Merapi dengan sikat
Catatan: Apabila anda merapi buat kali pertama,
mulakan pada tetapan kepanjangan tertinggi
untuk membiasakan diri anda dengan perkakas ini.
- Anda boleh menggunakan sikat janggut yang
dipasang pada elemen pemotong untuk
mengemaskan janggut dan misai anda
mengikut gaya kegemaran anda.
1 Pasang sikat (Raj. 7) pada pencukur janggut
bersaiz penuh.
2 Hidupkan perkakas.
3 Untuk merapi dengan cara yang paling
berkesan, gerakkan pegadang dalam arah yang
bertentangan dengan arah rambut tumbuh.
Pastikan bahagian permukaan pegadang
sentiasa bersentuh dengan kulit.
Sikat janggut
Pasang sikat pada pemotong janggut saiz penuh
untuk memotong janggut dan misai secara sekata.
Page view 6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ... 22 23

Comments to this Manuals

No comments