Philips FC8130/01 User Manual Page 36

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 84
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 35
36
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Penutup
2 Butang hidup/mati
3 Penunjuk beg habuk penuh
4 Kawalan kuasa sedutan elektronik
5 Butang gulung semula kord
6 Roda belakang
7 Penyambung hos
8 Bukaan penyambungan hos
9 Tab pelepasan penutup
10 Pemegang
11 Pemegang beg habuk
12 Beg habuk
13 Penuras pelindung motor
14 Roda putar ayun
15 Plat jenis
16 Slot storan
17 Penuras ekzos HEPA
18 Suis rocker bagi tetapan permaidani/lantai keras
19 Muncung gabungan
20 Slot penempatan
21 Kord sesalur kuasa dengan plag
22 Gril penuras ekzos
23 Muncung ceruk
24 Muncung kecil
25 Tiub teleskop
26 Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)
27 Pemegang aksesori
28 Hos dengan gegenggam tangan dan gelangsar kuasa sedutan
29 Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain, bahan membakar atau abu panas.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag atau perkakas itu sendiri adalah rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
BAHASA MELAYU
Page view 35
1 2 ... 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 ... 83 84

Comments to this Manuals

No comments