Philips HR1861/00 User Manual Page 30

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 72
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 29
3 Tanggalkan pengumpul jus bersama-sama penuras (Gamb. 11).
4 Bersihkan bahagian-bahagian ini menggunakan berus pembersih dengan air suam bercampur
sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk, kemudian bilaskannya dengan air mengalir (Gamb. 12).
Nota: Semua bahagian yang boleh tanggal adalah selamat mesin pencuci pinggan mangkuk. Letakkan
bahagian boleh tanggal yang plastik pada dulang atas dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. Pastikan
ia diletakkan jauh daripada elemen pemanasan.
5 Bersihkan unit motor dengan kain lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 13).
Jaminan & Servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau hubungi Jabatan Servis
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Resipi
Koktel tenaga
- 2 cawan lobak merah, dipotong kecil
- 1/2 cawan timun
- 12 helai bayam
- 1 biji limau nipis, dikupas
- 1 cawan saderi, dipotong kecil
- 1 biji epal
- 1 biji tomato
- 2 sudu besar madu
1 Proses semua bahan kecuali madu di dalam pemerah jus. Tambahkan madu dan sebatikan
dengan rata.
2 Hidang serta-merta, dengan menambah beberapa ketul ais jika mahu.
Rampai buah
- 2 biji aprikot sederhana besar, dibuang biji
- 2 cawan dadu tembikai, dikupas
- 1 biji epal besar, dibuang tangkai
- 1 biji oren, dikupas
1 Proses buah-buahan di dalam pemerah jus, sebatikan dengan rata, tambahkan beberapa ketul
ais dan hidangkan serta-merta.
Godaan
- 6 biji aprikot, dibuang biji
- 2 cawan tembikai, dikupas
- 1/2 cawan jus oren
BAHASA MELAYU30
4222_002_6048_6_DFU-Booklet_A5_v1.indd 30 19-10-11 09:27
Page view 29
1 2 ... 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 ... 71 72

Comments to this Manuals

No comments