Philips HP6577/00 User Manual Page 35

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 80
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 34
35
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
pengepilat, pengepilat tepat dan Penyepit Pintar dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai sentiasa kering.
- Jika anda menggunakan perkakas ini di dalam bilik mandi, jangan
guna kord sambungan (Gamb. 2).
Amaran
- Jangan gunakan perkakas, alat tambahan atau plag penyesuai jika ia
rosak. Jangan gunakan Penyepit Pintar jika ia rosak.
- Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi
mengelakkan bahaya.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Pengepilat, pengepilat tepat dan Penyepit Pintar tidak dimaksudkan
untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan pengepilat, pengepilat tepat dan Penyepit Pintar.
- Jauhkan bateri butang Penyepit Pintar dari capaian kanak-kanak dan
binatang peliharaan. Bateri butang boleh mengakibatkan bahaya
tercekik.
- Jangan selitkan bahan-bahan berlogam ke dalam soket pada
pengepilat untuk mengelakkan litar pintas.
Awas
- Pengepilat hanya dimaksudkan untuk membuang bulu badan wanita
pada bahagian di bawah leher: di bawah lengan, bahagian ari-ari dan
kaki. Jangan gunakan untuk tujuan lain.
BAHASA MELAYU 35
Page view 34
1 2 ... 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 ... 79 80

Comments to this Manuals

No comments