Philips HD2636 User Manual Page 27

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 60
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 26
27
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome,
di mana anda akan dapat melihat soalan lazim, petua dan banyak lagi.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Penutup habuk (HD2636/29 sahaja)
B Rak pemanas
C Tuil pemanas rak
D Bekas serdak
E Butang pemanas
F Butang nyahfros
G Butang pemanasan semula
H Alat kawalan pemerangan
I Butang STOP
J Tuil pembakar
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.
- Jangan masukkan makanan yang terlalu besar dan bungkusan kerajang logam ke dalam pembakar,
kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan setempat
sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun dan ke atas dan mereka yang
kurang keupayaan zikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi arahan dalam menggunakan perkakas ini dengan selamat atau diawasi untuk
menggunakannya dengan selamat dan jika mereka telah dimaklumkan tentang bahaya yang ada.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan perkakas ini.
- Pastikan perkakas dan kord sesalurnya jauh dari capaian kanak-kanak yang berumur kurang
daripada 8 tahun semasa perkakas dihidupkan atau sedang disejukkan.
- Kanak-kanak hanya dibenarkan untuk membersihkan perkakas di bawah pengawasan.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Jangan kendalikan perkakas di bawah atau berhampiran dengan langsir atau lain-lain bahan
mudah terbakar atau di bawah kabinet dinding, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
- Jangan letakkan penutup habuk atau mana-mana objek lain di atas pembakar apabila perkakas
dihidupkan atau apabila ia masih panas, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan atau kebakaran.
- Untuk mengelakkan risiko kebakaran, kosongkan bekas serdak dengan kerap. Pastikan bekas
serdak diletakkan dengan betul.
- Cabut plag pembakar dengan segera sekiranya api atau asap dikesan.
- Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
- Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa luaran untuk mengelakkan situasi yang
berbahaya.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Peralatan ini hanya dimaksudkan untuk membakar roti. Jangan letakkan apa-apa ramuan lain ke
dalam perkakas, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbahaya.
BAHASA MELAYU
Page view 26
1 2 ... 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 ... 59 60

Comments to this Manuals

No comments