Philips GC9670/50 User Manual Page 30

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 70
  • Table of contents
  • TROUBLESHOOTING
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 29
32
BAHASA MELAYU
Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti
Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena)
dan corak pada pakaian juga (Raj. 3).
Semasa menyeterika, anda boleh meletakkan seterika sama ada pada platform seterika
atau secara mendatar pada papan seterika. Dengan teknologi OptimalTEMP, plat tapak
tidak akan merosakkan alas papan seterika (Raj. 4).
Penyeterikaan
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan mula pantas dengan
teliti sebelum anda menggunakan perkakas. Simpannya untuk rujukan akan datang.
1 Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 5).
Jangan sekali-kali menghalakan stim ke arah orang lain.
Nota: Untuk hasil terbaik pada fabrik yang susah diseterika seperti kapas, linen dan
seluar jean, pastikan picu stim ditekan secara berterusan apabila anda meluncurkan
seterika pada fabrik. Kemudian luncurkan seterika pada kawasan yang sama
beberapa kali tanpa stim untuk mengeringkan fabrik.
Nota: Untuk hasil terbaik pada fabrik sintetik sutera dan berkilat, anda disyorkan
untuk memastikan picu stim ditekan secara berterusan semasa menyeterika.
Sensor dan mod stim automatik yang pintar
Sensor pintar di dalam seterika anda mengetahui masa dan cara seterika
anda bergerak. Apabila anda mengaktifkan mod stim automatik pintar, sensor
akan mula mengecam pergerakan seterika anda dan akan membolehkan seterika
mengeluarkan jumlah stim yang secukupnya secara automatik tanpa menekan picu stim.
Ini akan membantu anda mendapatkan hasil hebat dengan lebih cepat dan lebih mudah.
- Untuk mengaktifkan mod stim automatik pintar, tekan butang stim automatik pintar
di bahagian atas pemegang seterika. Lampu stim automatik pintar akan menyala
(Raj. 6).
- Lampu ‘seterika sedia’ dalam gerakan pergi balik semasa seterika bergerak.
Nota: dalam mod stim automatik pintar, stim akan dikeluarkan secara automatik
apabila anda menggerakkan seterika dan berhenti apabila anda berhenti
menggerakkan seterika (Raj. 7). Anda masih boleh menekan picu stim dalam mod ini
untuk mengaktifkan stim apabila seterika tidak bergerak.
- Anda boleh menggunakan mod stim automatik pintar dalam semua tetapan stim,
termasuk ECO dan MAX.
Nota: dalam mod stim automatik pintar, stim akan berhenti apabila plat tapak
disengetkan untuk keselamatan anda.
- Untuk keluar daripada mod stim automatik pintar, tekan butang stim automatik
pintar. Lampu stim automatik pintar terpadam. Anda perlu menekan picu stim untuk
menyambung semula penyeterikaan.
Page view 29
1 2 ... 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 ... 69 70

Comments to this Manuals

No comments