Philips HR1866/30 User Manual Page 30

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 76
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 29


- Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya lebih banyak. Nanas, akar
manis, batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, delima, oren dan anggur
sangat sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus.
- Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, buah tin dan mangga tidak
sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau
pengisar bar untuk memproses buah-buahan ini.
- Pemerah jus tidak sesuai untuk memproses buah-buahan atau sayuran yang sangat keras dan/
atau yang berserat atau berkanji seperti tebu.
- Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.
- Keluarkan biji daripada buah ceri, plum, pic. Anda tidak perlu mengeluarkan empulur atau
biji daripada buah seperti tembikai, epal dan anggur.
- Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kupas kulit yang anda tidak akan makan,
spt. kulit buah oren, nanas, kiwi, tembikai dan ubi bit yang tidak dimasak.
- Anda boleh memerah jus buah sitrus dengan pemerah jus anda. Kami nasihatkan agar anda
mengupasnya terlebih dahulu kerana kulitnya mungkin telah dirawat dengan bahan kimia dan
kerana kulit dalamnya yang putih mengandungi sebatian yang pahit rasanya yang akan memberi
kesan kepada rasa jus.

- Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang
anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang
menghasilkan jenis jus yang anda suka.
- Bagi buah/sayur yang keras (spt. epal, ubi bit dan lobak merah) kami nasihatkan agar anda
menggunakan kelajuan 2 (kelajuan biasa). Bagi buah yang lembut (spt. beri, kiwi, anggur, tomato,
timun dan tembikai) kami nasihatkan agar anda menggunakan kelajuan 1 (kelajuan rendah).
- Jika anda memerah jus buah yang lembut, letakkan buah di dalam tiub suapan satu demi satu
untuk mendapatkan output jus yang optimum. Jangan beri tekanan kepada buah menggunakan
penolak.
- Untuk memerah isi padu jus yang maksimum, sentiasa tekan penolak ke bawah dengan perlahan-
lahan.

- Jika anda mahukan jus yang jernih tanpa lapisan busa, letakkan pemisah busa di dalam jag. Jika
anda mahukan jus yang keruh dengan lapisan busa, keluarkan pemisah busa daripada jag.
- Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
- Minum jus serta-merta selepas diperah. Jika ia didedahkan kepada udara untuk beberapa waktu,
jus akan kehilangan rasa dan nilai pemakanannya.

Buah/sayur Vitamin/galian Kilojoule/kiraan
kalori
Kelajuan
memerah jus
Epal Vitamin C 200g=150kJ (72
kal)
tinggi
Aprikot Kandungan serat pemakanan yang
tinggi, mengandungi kalium
30g=85kJ (20 kal) rendah
30
Page view 29
1 2 ... 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 ... 75 76

Comments to this Manuals

No comments