Philips GC5036/20 User Manual Page 36

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 38
  • Table of contents
  • TROUBLESHOOTING
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 35
BAHASA MELAYU
40
Pembersihan-Kerak (jenis tertentu sahaja)
PENTING: Selepas menggunakan selama 1 hingga 3 bulan, lampu peringatan
Pembersihan Kerak akan mula berkelip untuk mengingatkan anda supaya
menggunakan fungsi Pembersihan Kerak (Raj. 3-1). Ini untuk membersihkan kerak pada
seterika anda dan memanjangkan hayat seterika.
Petua: Fungsi Pembersihan Kerak boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun
apabila lampu peringatan belum diaktifkan. Jika air di kawasan anda sangat liat,
gunakan fungsi ini dengan lebih kerap.
1 Pastikan gelangsar stim ditetapkan kepada “stim dimatikan”.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi (lebih daripada 3/4). Jika air tidak
mencukupi, tanggalkan plag seterika, isikan air sehingga penunjuk MAX (Raj.3-2)
dan pasang plag seterika sekali lagi (Raj.3-3).
Jangan tuang cuka atau agen penanggal kerak yang lain ke dalam tangki air.
3 Tunggu seterika menjadi panas. Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit (Raj.3-3).
Nota: Lampu peringatan Pembersihan Kerak dimatikan sewaktu seterika dipanaskan.
4 Tanggalkan plag seterika apabila lampu ‘seterika sedia’ berhenti berkelip (Raj. 3-4).
5 Pegang seterika atas singki. Tekan dan tahan butang pembersihan kerak dan
goncang seterika ke hadapan dan ke belakang sehingga semua air di dalam tangki
habis digunakan (Raj. 3-5).
Kerak dikumbah keluar, stim dan air yang mendidih juga keluar dari plat tapak.
Nota: Ulang proses 2 hingga 5 jika air yang keluar dari perkakas masih mengandungi
partikel kerak.
6 Pasangkan plag perkakas dan biarkan perkakas menjadi panas supaya plat tapak
menjadi kering. Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit (Raj.3-6).
7 Tanggalkan plag perkakas. Gerakkan perkakas perlahan-lahan di atas sehelai kain
untuk menghilangkan sebarang kesan air pada plat tapaknya (Raj. 3-7).
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas
ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikan masalah menggunakan maklumat di bawah,
lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Seterika tidak
menghasilkan stim.
Air di dalam tangki tidak
mencukupi.
Isi tangki air.
Tetapan stim ditetapkan pada
kedudukan “tiada stim
Condongkan seterika ke atas dan tekan
butang stim pada bahagian atas seterika
untuk memilih tetapan stim.
Seterika belum bersedia. Tunggu sehingga seterika bersedia (lampu
pada panel paparan akan berhenti bernyala).
Page view 35
1 2 ... 31 32 33 34 35 36 37 38

Comments to this Manuals

No comments