Philips GC5036/20 User Manual Page 35

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 38
  • Table of contents
  • TROUBLESHOOTING
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 34
BAHASA MELAYU
39
Pematian auto
Fungsi pematian automatik keselamatan akan mematikan perkakas jika tidak digunakan
selama 2 minit dan dibiarkan secara mendatar atau 8 minit jika didirikan. Panel paparan
bernyala untuk menandakan bahawa perkakas berada dalam mod pematian automatik.
Untuk menjadikan perkakas panas semula, angkat perkakas atau gerakkannya sedikit.
Panel paparan akan berkelip dan perkakas akan mula menjadi panas.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses pembersihan dan
penyelenggaraan, rujuk video dalam pautan ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan plat tapak
1 Cabut plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Tuang baki air daripada tangki air.
3 Kesat kerak dan sisa lain pada plat tapak dengan kain yang lembap dan agen
pembersih (cecair) yang tidak melelas.
Nota: Untuk memastikan plat tapak licin,elakkan daripada tersentuh bahan logam
dengan kuat. Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, cuka atau bahan kimia
lain untuk membersihkah tapak plat.
Pelepas Kerak Pantas (jenis tertentu sahaja)
PENTING: Pelepas Kerak Pantas akan mengumpulkan kerak partikel sewaktu
penyeterikaan secara automatik. Selepas menggunakan selama 1 hingga 3 bulan, lampu
peringatan Pembersihan Kerak akan mula berkelip untuk mengingatkan anda supaya
menggunakan fungsi Pelepas Kerak Pantas (Raj. 2-1). Ini untuk membersihkan kerak
yang terkumpul pada seterika anda dan memanjangkan hayat seterika. Apabila lampu
peringatan Pembersihan Kerak berkelip, seterika tidak akan menjadi panas.
Petua: Fungsi Pelepas Kerak Pantas boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun
apabila lampu peringatan belum diaktifkan. Jika air di kawasan anda sangat liat,
gunakan fungsi ini dengan lebih kerap.
Jangan lakukan proses Pelepas Kerak Pantas apabila seterika masih panas. Jangan
tuangkan air ke dalam bukaan Pelepas Kerak Pantas.
1 Tanggalkan plag perkakas (Raj. 2-2) dan pastikan perkakas sejuk (Raj. 2-3).
2 Pegang perkakas dalam kedudukan menegak atas singki.
3 Buka penutup pengumpul Pelepas Kerak Pantas (Raj.2-4) dan tarik pengumpul
(Raj.2-5).
4 Bersihkan pengumpul Pelepas Kerak Pantas menggunakan air (Raj. 2-6, Raj. 2-7).
5 Goncangkan perkakas dengan perlahan untuk mengeluarkan partikel kerak (Raj. 2-8).
6 Masukkan semula pengumpul Pelepas Kerak Pantas ke dalam perkakas (Raj. 2-10).
7 Tekan penutup (“klik”) untuk mengunci pengumpul (Raj. 2-11).
Page view 34
1 2 ... 30 31 32 33 34 35 36 37 38

Comments to this Manuals

No comments