Philips HP3616/01 User Manual Page 34

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 60
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 33
- Bagi rawatan kosmetik, jarak antara muka dan perkakas mestilah lebih kurang 55sm. Pastikan
bahawa kehangatan itu terasa selesa pada kulit anda. Tambahkan jarak jika kehangatan menjadi
terlalu kuat.
Jangan pandang ke arah cahaya lampu apabila ia dihidupkan. Pejamkan mata anda.
2 Pastikan kedudukan perkakas adalah betul.
- Untuk merawat sakit belakang, tempatkan perkakas di atas meja pada jarak lebih kurang
30sm (Gamb. 7).
- Untuk merawat lutut yang sakit, letakkan perkakas di atas meja yang rendah. Duduk di atas kerusi
bersebelahan meja tersebut pada jarak lebih kurang 30sm (Gamb. 8).
- Bagi rawatan kosmetik, duduk di hadapan perkakas pada jarak lebih kurang 55sm (Gamb. 9).
3 Untuk menghidupkan perkakas, putar tutup belakang perumah lampu kepada ‘I’ (Gamb. 10).
4 Tujukan sinaran cahaya inframerah kepada bahagian badan yang hendak dirawat (Gamb. 11).
5 Matikan perkakas selepas digunakan.

Tempoh masa rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan orang yang dirawat. Rawatan terhadap
satu otot atau sendi sepatutnya berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Jika perlu, rawatan boleh
diulangi beberapa kali sehari. Tempoh rawatan yang lebih lama daripada 15 minit tidak akan memberi
hasil yang lebih baik. Anda boleh mengulangi rutin beberapa rawatan sehari pada beberapa hari yang
berturutan untuk mendapat hasil. Jika tidak terdapat sebarang kemajuan selepas 6-8 rawatan,
hentikan penggunaan perkakas dan rujuk doktor anda. Bagi masalah yang kronik, perkakas boleh
digunakan untuk tempoh yang lebih panjang, asalkan anda mengikuti arahan yang terdapat
pada bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’.

Cabut plag perkakas dan biarkan lampu menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum
membersihkan perkakas.
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
1 Bersihkan perkakas dengan kain yang dilembapkan dengan sedikit air suling atau alkohol.

1 Biarkan perkakas menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum menyimpannya.
2 Lilitkan kord sesalur melingkari kemudahan penyimpanan kord (Gamb. 12).

Cabut plag perkakas dan biarkan lampu menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum
mengganti lampu.
- Lampu mesti digantikan dengan lampu inframerah yang serupa (Philips PAR38E/150W).
- Anda boleh mendapatkan atau memesan lampu baru daripada wakil penjual Philips anda.
- Lampu bagi perkakas ini tidak mengandungi bahan yang berbahaya kepada persekitaran. Anda
boleh membuang lampu lama dengan sisa buangan rumah yang biasa.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawalah ia ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini,
anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 13).
34
Page view 33
1 2 ... 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 ... 59 60

Comments to this Manuals

No comments