Philips HR1947/31 User Manual Page 25

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 58
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 24
27
BAHASA MELAYU
Menggunakan perkakas
Perkakas hanya boleh berfungsi jika unit pemerah jus dan salur keluar pulpa
dipasang dengan betul dan pengapit pengunci telah dikunci dengan betul.
1 Basuh buah dan/atau sayur. Jika perlu, potong menjadi ketulan kecil yang
dapat dimuatkan ke dalam tiub suapan.
Nota: Keluarkan biji dan kulit buah tebal yang tidak dimakan, seperti kulit buah
oren, buah delima dsb.
2 Letakkan jag atau gelas di bawah muncung (Gamb. 12).
3 Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 13).
4 Masukkan ketulan kecil buah atau sayur dalam tiub suapan dan tekan
ia dengan lembut ke bawah ke arah skru pemerah jus menggunakan
penolak (Gamb. 14).
Jangan sekali-kali memasukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub
suapan atau unit pemerah jus.
5 Apabila aliran jus telah berhenti, matikan perkakas dan tunggu sehingga skru
pemerah jus telah berhenti berputar.
6 Tekan butang prabersih untuk mengeluarkan titisan jus yang terakhir dari unit
pemerah jus (Gamb. 15).
7 Untuk mengelakkan jus daripada menitis ke atas meja, tekan penghenti
titisan (Gamb. 16).
Petua
- Gunakan buah dan sayur yang segar kerana kandungan jusnya lebih banyak.
Nanas, ubi bit, batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai,
tomato, delima dan anggur sangat sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus.
- Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kupas kulit yang anda
tidak akan makan, seperti kulit buah oren, nanas, kiwi, tembikai dan ubi bit yang
belum dimasak.
- Jika anda hendak memerah jus buah yang mempunyai biji seperti pic, plum
atau ceri, keluarkan bijinya sebelum memerah jusnya.
- Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada
jenis epal yang anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang
lebih cair. Pilih jenis epal yang menghasilkan jenis jus yang anda suka.
- Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh
melambatkan proses ini dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
- Pemerah jus ini boleh mengendalikan buah-buahan berserat seperti pisang dan
mangga. Anda boleh menambah susu atau air terus melalui tiub suapan.
- Buah-buahan sitrus juga boleh diproses dengan pemerah jus, buang kulit
sebelah dalam buah sitrus yang putih kerana rasanya pahit.
Pembersihan (Gamb. 17)
- Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan
segera selepas digunakan. Lihat jadual pembersihan untuk melihat cara
membersihkan kesemua bahagian.
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau
cecair yang agresif seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan
perkakas.
Page view 24
1 2 ... 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 ... 57 58

Comments to this Manuals

No comments